Monday, June 22, 2009

22.06.2009

pada pukul 10 pagi tepat aku telah bertolak dari rumah untuk ke rumah kawan aku di BANDAR BARU SALAK TINGGI DI SEPANG...ini amat mencabar bagiku..kerana aku drive seorang melalui jalan kampung iaitu melalui sg merab dan terus ker jenderam dalam 25km sampai lah ker bandar baru salak tinggi...jalan di jenderam agak sunyi dan banyak selekoh2 tajam...di sini juga aku sertakan sekali v.clip semasa aku di jenderam tuh..mmg best...saksikanlah

Saturday, June 20, 2009

21.06.2009

Hari ini adalah hari minggu untuk aku berehat sahaja di rumah dan menonton televisyen.Sementara menunggu untuk mama aku membuat persiapan makanan untuk dihantar padanya di sekolah menengah agama kuala lumpur.aku kini sedang bersiap sedia..kerana 20.07.2009 pada hari isnin nanti aku sudah mula untuk menempuh alam perkerjaan.."latihan industri" di TENAGA NASIONAL BERHAD..juga merupakan pejabat papa aku...pening2..agaknye mcm maner lah yew bekerja 2...rasa gugup pun ada..takut pun ada..rasa xnak jer aku pergi latihan industri tuh..harap2lah aku selamat bekerja nanti..amin...

sukan paling aku suka dan cita-cita aku




aku adalah aku...dan aku nak jadi orang yang berguna pada bangsa agama dan masyarakat..aku mempunyai sukan yang aku suka iaitu bowling...paling2 aku suka..pada 29.4.2009 pertandingan diadakan oleh kolej aku iatu kolej komuniti cawangan klang..turut juga hadir pelajar2 dan pensyarah2 dari kolej komuniti kuala langat banting...aku dan kawankuh menaiki kereta ku pada 29.4.2009 ke banting superbowl..cukup seronok kerana dipilih oleh pihak kolej.kolej kuh memilih 10 pelajar untuk permainan bowling tersebut..aku rasa begitu seronok kerana ini bukan kali pertama aku bermain untuk permainan ini..tapi sudah banyak kali aku bermain..cuma semenjak aku masuk kolej ini aku xda masa untuk main bowling..yelah sibuk dengan assignment2 akuh yang agak banyak...aku dan rakan kuh ker ruangan mendaftar..tetapi dia nak 10 orang..xcukup dua orang untuk wakil2 kolej komuniti cawangan klang...mayb kolej kami agak baru dan pelajar nya sikit sahaja..sampaikan setiap pensyarah aku pun meghafal setiap nama2 pelajar2 nya..dan aku rasa boleh kira dengan jarilah pelajar2 kolej komuniti cawangan klang nih...ish2..erm..ish2..pada saper student lepasan spm tuh rajing2 lah click laman web KOLEJ KOMUNITI...xsusah pun..janji minat tuh ada untuk blajar..ceh recommand KOLEJ KOMUNITI lak..best jugak belajar kat situ...smpaikan surat amaran xdatang kelas pun sampai kerumah akuh...hehe..adoyaii..hmmm terus ker citer pasal bowling tadih..aku dan kawan2 kuh enjoy warm up..baling jelah bola bowling tuh ikot suker untuk panaskan "engine" atau "jentera" masing2..hehe..kta tengok siapa yang hebat..game dimulakan muler2 aku ingat nak sekadar men2 jer...tiber2 jadi serius lak..dengan balingan akuh yang penuh gaya..boom...bunyi bola bowlng terhentak ke lantai terus menuju ker pin2 dan berterabur lah pin2 tersebut maka puas lah hati ini kerana dapat manjatuhkan pin2 e2..ermm..inilah mata bg kumpulan akuh..tgklah yer pic2 tersebut...nama aku yang ketiga 2...63 mata ketika e2..e2 baru sikit..erm..cukuplah pasal bowling...pasal cita2 ku pula..cita2 akuh sebenarnya nak jadi seorg "racer" or "drifter" itulah cita2 aku..aku xtahulah dapat ker tidak aku capai cita2 akuh...erm..insyallah...capai jugak nanti...itu sahajalah aku boleh tulis..dah penat tgn ni menaip...:))

kejatuhan aku dan perkara yang paling pahit dalam hidup aku

pada tahun lepas aku telah mengalami kemalangan yang hampir maeragut nyawa ku dan kawan aku iaitu idris bin ibrahim atau dikenali sebagai (BOB).Pada masa itu aku dan bob bersiar2 dengan motor kuh"zaman ranggi"masuk lah ker bukit jalil.ktorg memang suka buat kerja2 gila.kerja gila ktorg ni bukan lah mcm perkara2 negatif smpai whellie or wekang..tapi ktorg suker jalan jauh2 berdua..paling jauh ktorg penah pergi ialah ulu yam and sempadan dengan negeri sembilan.dah nak sampai kampung atuk and nenek aku di jelebu tapi aku xsinggah pun takut menyusahkan dorg lak.ok kita ke cerita yang sebenar.selepas ktorg bersiar2 bob minx tolong dengan aku dia nak balik ke bentong dimana parents dia kat sana.dia ada ladang kambing.dia minta aku menghantarnya ke stesyen star lrt di SRI PETALING.ala yang stesyen terakhir kat stadium bukit jalil tuh..haa...pada masa itu baru jer lepas hujan..jalan basah dan licin..pada masa itu juga aku melihat kelajuan motor ku pada 110km sejam dan bertambah laju apabila turun betul2 dekat dengan depan stadium bukit jalil 2..apabila menghampiri sebuah teksi tersebut teksi tuh membelok ke arah kanan untuk uturn..selepas itu.....fikiran kuh kosong...gelap...dan tenang...apabila beberapa minit kemudia aku mendapati badan kuh atau jasad kuh sudah berada pada atas TAR..ataupun jalan...dengan helmet kuh yang sudah melayang entah kemana..agak kuat jugaklah dentuman antara motorkuh dengan teksi tuh...apabila aku hendak berdiri...huh...dup..dap..dup..dap...aku dapat rasakan denyutan nadi atau jantungkuh semakin kuat...aku tidak mampu untuk bangun...aku tidak mampu untuk melihat dunia kerana kepala aku agak pening dan rasa kosong..beberapa minit kemudian...driver teksi tersebut datang ke arahku...dan megangkat ku ker tepi divider tersebut...orang ramai juga berpusu2 melihat aku dan bob...(inilah perangai rakyat atau pemandu2 malaysia paling aku benci)asal accident jer nak tgk..bukan ker nak voulunteer nak tolong ker..nak apa ke ni duk TOLONG TENGOK..geram aku dibuatnya..huh!plizzlah...apabila aku sedar sepenuhnya...aku dapat melihat bob..dan alangkah terkejutnya apabila kakinya hampi-hampir putus akibat hentakan kakinya ker both teksi tersebut...daging nya dan lemak di kakinya aku lihat depan2 mata akuh..aku rasa cukup menyesal kerana kami hampir2 sampai ke destinasi kami ke stesen lrt tersebut..xsmpai larh beberapa minit lagi dah nak sampai...aku cukup2 menyesal..penat menunggu..aku membuat satu panggilan ker rumahku..allhamdulilah apabila aku dapat mendengar suara adik aku yang bongsu megangkt panggilan tersebut..aku berkata padanya.."ijat wan accident dekat depan2 stadium bukit jalil nih bgtau abah k"pup aku letak..dalam beberapa minit kemudian POLIS sampai dengan motor kudanya yang berkuasa tinggi mengawal keadaan lalu lintas...aku dan bob bersembang2 dan mengambil gambar motor tersebut secara hadapan..(semat lagi ambik gamba)..hehe..lepas beberapa minit kemudian..persatuan bulan sabit merah datang dan merawat bob..cikit2 jer..ambulan datang lambat...lepas dari tuh ayah ku datang dgn adik bongsu kuh...ayah ku melulu ke arah ku dgn muka yang agak tenang dan bercampur marah..dia meyoalkuh...mcm maner boleh terjadi nih?siapa langgar siapa?"akuh pun menjawab teksi tersebut telah membuat pusingan dan menghentam bahagian belakang motor kuh..agaknya dia xnampak kot.selepas itu..ayahku terus melulu ka arah pemandu teksi tersebut.dan sound pemandu teksi tersebut dengan mukanya yang agak marah..dan pemandu teksi 2 berkata aku yang terlalu laju..lepas 2 ujar pemadu teksi 2 pula dia dalih dia kata dia tak nampak akuh..agaknya aku and bob kecik eayh??aku rasa semut pun boleh nampak...geramnya akuh...tapi xper...lagipun pinggang aku betul2 sakit.aku menahan kesakitan itu..aku rasa mcm nak tidur..tetapi ayah ku menasihati aku supaya jangan baring atau tidur..tapi aku betul2 pening and nak pengsan..ditambah pula dengan rasa dahaga yang amat2..orang kata kalau rasa dahaga tuh makna nya dah nak mati..tapi xper..aku berserah sahaja kepada allah s.w.t...akhirnya ambulans dari hospital serdang sampai juga.aku dan bob menaiki ambulan tersebut ke hospital serdang..seronok juga naik ambulan..tetapi dalam hatikuh berkata mesti rmai yang meninggal dunia dalam ambulans ini..nak jer aku bertanya pada driver dan abg yang penolng driver tersebut..tapi xperlah..smpai ke arini aku masih tertanya2...hmm..dalam beberapa minit menunggu..akhirnya smpai juga ke hospital serdang.aku terus ke kaunter...apabila ke kaunter...rmai yang melihat keadaan aku...dengan bahu yang sudah terkoyak...pinggang kuh terkena ekzos motor akuh...huh..agak panas beb..lepas tuh nama kuh dipanggil..aku masuk ker bilik tersebut...bila aku masuk aku disuntik sejarum..agaknya bius kowt..dtglah seorg nurse kot..aku xberapa pasti jantina nya apa??hehe..sebab rupa dia mcm laki pun ada..mcm perempuan pun ada..tapi lembut jugak dia sapu ubat kat badan akuh..dia bertanya dengan suara yang lemah lembut accident eayh?motor?mayb dia ingat aku merempit kot..tapi hakikatnya allah sahaja lah yang tahu..huh.sesudah dia menyapu ubat tersebut...aku pun ke ruangan menunggu..aku kata pada nurse tadi yang pinggang kuh amat2 skit...dia kata sekejap lagi aku kena buat pemeriksaan X-RAY..takowt2 buah pinggang akuh tercabut ker..or pinggang2 akuh hampi2 patah ker bolehlah ambil langkah berjaga-jaga.hmm..lepas jer dari itu...ayahku dtg smpai di hospital..dengan adik bongsu kuh..akuh pun dipanggil oleh doc untuk ker bilik X-RAY tersebut..aku terus ke bilik tersebut bersama-sama ayah dan adik akuh..ketika aku masuk ker bilik x-ray tuh aku disuruh menangalkan pakaian kuh..dan baring di katil yang disediakan.aku pun jalan lah dengan terhenjut2 ke katil tuh..dan baring..aku melihat sebijik benda alah apa ntah mcm UFO pun ada mcm senapang pun ada..rupa2nya alat untuk mengimbas struktur tubuh akuh..kelakar akuh nih..biasalah sebelum nih aku xpernah tgk benda UFO tuh..hehe..selapas tuh..selesai jer x-ray..aku ker ruangan menunggu untuk berjumpa dengan doctor...agak lama jgak lah untuk menunguu..owhh xlupa juga..aku juga menunggu BOB yang agak lama dimasukan ker ruangan atau bilik kecemasan atau bedah..mayb kena jahit or something larh..aku pun menunguu dan menunggu..selapas itu mak aku,kakak sedara kuh dan nenek kuh tiba di pintu masuk hospital yang aku mula2 masuk tadi...aku pun gembira mereka datang..bersemangat jugaklah aku bila tgk my mama...:)selapas itu angka giliran aku dipanggil..aku terus ke bilik doc..apabila masuk..dia bertanya sakit apa?accident?motor?langgar apa?soalan biasa yang ditanya...sudah dua kali aku ditanya begitu..akuh pun dah naik muak..hmm apakan daya akuh...doc pun check pinggang akuh..dan bg mc pada aku dalam 3 hari...(actually aku cuti dua minggu) tapi aku kena ambik mc jugak coz aku kena bagi pada pensyarah kolej aku nanti..kang xpasal2 kena tendang..hmm..selepas 2 aku keluar dan menunggu untuk ubat pula...lama jugaklah...pas 2 aku pun dapat jugak ubat aku...masa untuk tunggu bob pula..jam menunjukan hampir pukul 7.20pm..sejuknya di hospital ini..badan aku mula menggeletar kerana perut kuh kosong..akuh lapar sangat2..lepas ni aku kena pergi ke balai polis pula untuk buat report..hmm..malam ni jugak aku kena settle kan semua benda2 nih..payah jugak procedure nih...tpi nak wat cmner coz aku nak claim insuran..nak tak nak terpaksa jugaklah untuk aku buat..selapas sejam menunggu..kakak bob,ayah dan maknya sampai dari bentong..aku turut kesian...dari jauh mereka datang...rasa bersalah sangat2..kenapa bodoh sangat aku nih?e2 yang tertanyer2 dalam kepala otak akuh ini...aku dapat rasakan yang bob sedang dalam kesakitan..tak dapat aku nak bayangkan jikalau aku berada di tempatnya...kakinya hampir-hampir putus akibat akuh..ini semua salah aku sendri..punca ya dari akuh...am i right???persoalan yang sering tertanya2 dalam dirikuh selama ini sampailah arini...sekarang..waktu sekarang menunjukan jam 7.50pm..tetapi bob masih tidak keluar lagi..aku turut risaukanya...aku pun teruskanlah menunggu..selang beberapa minit kemudian bob keluar dengan wheelchair..dengan kakinya yang berbalut..aku bersyukur dia selamat juga akhirnya..terjawab juga soalan akuh..selepas itu.aku kesuntukan masa..aku perlu ker BALAI POLIS..untuk membuat laporan...aku membuat panggilan pada abg sedara akuh..kerana dia yang membawa motor kuh ker balai polis TN HS LEE xsilap akuhlah..kat k.lumpur..aku pun ke sana dengan ayahkuh..selepas itu aku dan ayahkuh sampai di depan balai...aku dapat melihat motor aku dalam keadaan separuh remuk..huh..aku dapat rasakan seolah2 motrkuh menangis..hihi lawak pula..mcm motor 2 ada perasaan pula...aku pun masuk ke balai dengan berjalan membongkok dan terhenjut2..aku terus duduk menunggu nama kuh dipanggil oleh polis yang bertugas di situ...apabila namakuh dipanggil aku ke kaunter tersebut dan cerita kan apa yang berlaku..selepas itu aku sempat melihat ke arah kiri aku dimana semua mangsa2 accident yang membuat report..tatapi aku rasa dorg bukan xcident motor..tapi kereta..setelah selesai repot..aku terus ke tempat dimana aku duduk tadi dan menunggu..selepas meunggu datang seorang mamat india..berpakaian agak smart jugaklah..dia memperkenalkan dirinya...namanya skalik kiran raj...peguam atau lawyer yang ingin membantu aku dia terus bagi kad dia pada aku..tapi aku bagi pada abg sedara aku..lupa pula abg sedara aku ni nama nya wan faizul bin wan muhammad jamin seorang polis bantuan bekerja di bank simpanan nasional..aku turut berterima kasih padanya kerana mambantu aku dan mengiring aku pabila di balai tersebut.selapas itu selesai sudah urusan aku dan polis tersebut..aku menunggu kereta ayahku di hadapan balai tersebut..hujan makin lebat...aku pula berkeadaan mcm ini..sakit sekali seluruh tubuhkuh...aku rasa agak pening..mata aku mula kabur..tak dapat aku nak gambarkan kat sini mcm mana perasaan aku pada ketika itu..pabila aku sudah menaiki mpv ayahkuh..aku baring dengan cukup selesa..tunggu masa tuk akuh tidur..aku rasa dahaga sangat2 dan lapar sangat2..aku harap aku sampai kerumah dengan segera sebelum apa2 terjadi terhadap diriku..beberapa min kemudian aku sampai di rumah kuh..aku membuka pintu mpv ayahkuh dan turun slow2..alangkah seksa nya diriku inih cukup2 terseksa..xmampu untuk akuh gerakan tubuh aku sepenuhnya...huh..aku terus ke dalam rumah..dan terus baring ke tilam yang disediakan..akuh pun baring..baring pun dah cukup terseksa apabila pinggang kuh amat2 sakit sekali..aku baring dengan selesa..selapas baring aku terus membuka setiap balutan yang ditampal pada setiap tubuh aku luka2 akuh..huh..amat2 perit..pedih...selapas itu aku terus makan dan minum..dam terus makan ubat dan baring2..tibalah masanya untuk aku memejamkan matakuh..jam menunjukan pukul 9.10pm..aku pun terus tidur dgn keadaan separuh sedar..Pada pukul 3.45am aku terjaga sendiri..dan aku rasa dahaga sangat2...aku minum seteguk air masak yang disediakn oleh mama kuh..thanks mama!!..hm..selepas itu aku terasa tubuh aku begitu sakit...pinggang aku makin membengkak dapat aku rasakan pada bahagaian dalamnya..huh..sakit sekali..sakit yang amat2..aku sambung balik tidur..dan terjaga pada keesokan pagi adlah hari sgala permulaan hari iaitu hari isnin..aku mendapati ayah dan mak kuh kerja..aku bangun dan makan..dan makan ubat selama beberapa hari..dan aku makin sembuh..sekian cerita akuh...yang pahit manis ditelan...itulah antara pengalaman hitam akuh...kejadian paling ngeri skali...turut aku berterima kasih pada papa dan mama dan orang2 yang telah membantukuh pada masa kejadian tersebut..berjutaan terima kasih.."berhati-hati di jalanraya..pandulah ikut peraturan jangan lah ikut perasaan..ingatlah yang tersayang"sekian terima kasih akan ku update blog ini dari semasa ke semasa..salam..

7 june di kelantan my first drive to kelantan with my viva

Salah satu perkara yang menyeronokkan bila balik Kelantan, adalah dapat merasa segala makanan dengan harga yang murah. Nasi berlauk lauk ayam, biasanya dimakan waktu pagi cuma RM1.50. Dengan kuih seperti lompat tikam and kueh serabai adalah kegemaran aku.
Akupun tumpang seronok melihat semangat tinggi my mama seronok membeli belah di rantau panjang.Bermacam2 barang yang mama beli conthnya beg tangan sampai 2,keropok,sambal daging and mcm2 lagi yang aku tak boleh nak sebutkan dekat sini. Cuma yang aku tahu, booth kereta penuh bila nak balik tempuh hari.Jalan ke bandar-bandar seperti Pasir Mas, Rantau Panjang dan yang paling teruk ke Kota Bharu penuh sesak.
Akupun ikut jelah mama aku sedang keseronokan membeli belah dan seronok mengangkat barang2 yang dibeli olehnya.....aku ni dahlah kuat berpeluh..ditambah pula dengan ramai pengunjung2.faham2 lah kan cuti sekolah beb. Waktu cuti sekolah ini, memang banyak kenduri kendara, hampir setiap satu km sepanjang jalan, mesti ada khemah orang kahwin.Most important is aku memang suka balik ke kelantan..cukup2 suka kerana environment nya begitu walaupun sesak dan tak macam di kuala lumpur.aku berharap raya ini boleh aku balik lagi ke kampung ku...

about girl...am i right?

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5.. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

8. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak
berguna.

9. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

10. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum
sebarangan.

11. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan
.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

12. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

13. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

14. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

15. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta..

16. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

17. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

18. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

19. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

20. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati
..

21 Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

22. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

23. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

perkara-perkara perempuan tak suka pasal lelaki...think it for information yeah?

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau
nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh
lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki
mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan
dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.