1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau
nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka… macammana tu?
3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh
lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki
mereka membazirkan duit dengan merokok.
6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan
dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
No comments:
Post a Comment